Sesiku set terdiri daripada dua jenis, iaitu sesiku bersudut 45° dan sesiku bersudut 30° dan 60°.
Sesiku yang bersudut 45° digunakan untuk melukis garisan tegak dan garisan bersudut 45° manakala sesiku bersudut 30° dan 60° digunakan untuk melukis garisan tegak serta garisan bersudut 30° dan 60°.
Sesiku ini diletakkan rapat pada lengan sesiku T untuk mendapatkan ketepatan semasa membuat garisan. Selain itu, sesiku-sesiku ini juga dapat digelangsarkan di sepanjang lengan sesiku T. Sesiku set dapat membentuk garisan-garisan yang berlainan sudut seperti 15°, 75°, 105°, 120°,dan 135° apabila digunakan bersama.
Terima kasih
ReplyDeleteBagus untuk ulangkaji