Papan lukisan diperbuat daripada jenis kayu yang lembut. Permukaan papan lukisan adalah licin. Bahagian tepinya mestilah licin, rata dan lurus. Papan lukisan digunakan untuk menetapkan kertas lukisan semasa kerja melukis. Ukuran bagi papan lukisan adalah 58 cm panjang dan 41 cm lebar.
Terdapat juga jenis papan lukisan yang diperbuat daripada plastik. Papan lukisan jenis ini mempunyai sesiku T yang dapat digerakkan dan dikunci di bahagian tepi sebelah kiri papan lukisan tersebut. Papan lukisan ini mudah digunakan kerana kita tidak perlu memegang sesiku T semasa membuat garisan atau menggunakan sesiku set.
Kertas lukisan diletakkan pada sudut sebelah kiri dengan meninggalkan ruangan di tepinya. Pastikan bahagian tepi kertas lukisan berada pada kedudukan selari dengan tepi lengan sesiku T. Lekatkan pita selofan yag nipis pada setiap penjuru kertas lukisan itu.
Bagi penggunaan papan lukisan jenis plastik, kertas lukisan akan dipasang pada penyepit khas yang terdapat pada papan lukisan tersebut.
No comments:
Post a Comment