Pensel




Pensel digunakan untuk menulis dan melukis. Penggunaan jenis pensel yang sesuai dan tepat dapat menentukan mutu lukisan yang dihasilkan. Pensel digredkan mengikut kelembutan matanya dan digunakan untuk membuat garisan-garisan tertentu dalam lukisan teknik. Gred pensel yang biasanya digunakan dalam lukisan teknik adalah seperti berikut :

Gred Pensel
Kegunaan
2H
Membina garisan binaan dan panduan
H
Membina garisan dimensi
HB
Melukis garisan, menulis, melakar dan melukis garisan objek

Mata pensel hendaklah sentiasa tajam untuk mendapatkan hasil kerja yang tepat, kemas dan bersih. Pensel yang tumpul menghasilkan garisan yang tidak seimbang dari segi kehitaman dan ketebalannya. Pensel diasah dengan menggunakan pengasah, pisau atau kertas las gred halus. Hujung pensel hendaklah sentiasa berbentuk kon


Pensel mekanikal adalah sejenis pensel isian. Pensel jenis ini mempunyai mata isian mengikut gred kelembutan sama seperti pensel biasa iaitu H, 2H, HB dan 2B. Pensel jenis ini tidak perlu diasah dan ketajaman matanya telah ditentukan mengikut nombor tolok seperti 0.3 (halus), 0.5 (sederhana) dan 0.7 (kasar).


























No comments:

Post a Comment